Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Saturday, May 28, 2011

Harga sesuap nasi, seteguk air...

Matahari sudah meninggi. Si gelandangan ini mungkin baru saja menikmati sarapannya. Mungkin juga makan malamnya semalam. Atau mungkin juga makanan tengah hari semalam yang baru saat ini dia dapat menjamahnya.


Makannya tidak bermeja. Duduknya tidak berkerusi. Air minumnya sebungkus teh-O yang mungkin atas ihsan si penderma. Baginya setitis air hujan pun cukup bagi menghilangkan dahaganya. Apatah lagi kalau dapat meneguk air paip yang sejuk lagi menyegarkan.


Jalannya tidak berkasut. Apatah lagi berselipar atau pun capal. Tapak kakinya sudah keras dek memijak tar yang hitam dan panas itu. Kalau malam sejuklah tapak kakinya. Kalau siang terik?


Sudah berapa harikah dia tidak menukar baju dan seluarnya? Atau mungkin seminggukah? Sebulankah? Setahunkan? Sedekad tak mungkin... baju dan seluarnya masih belum carik dan koyak lagi.


Kemana dia pergi semua orang memandangnya. Seribu satu mimik dan reaksi terpapar di muka makhluk-makhluk yang melihatnya. Ada yang mencemik, ada yang kasihan.


Tidurnya bukan seperti kita bertilam spring dan berbantal empuk. Cukup baginya kotak kertas untuk dijadikan alas kesejukan simen yang mencengkam. Kertas itu jugalah selimutnya dari tiupan angin malam yang menggigilkan.


Badannya sudah berapa lama agaknya tidak kebasahan dek air mandi. Mungkin rindu benar dia pada aroma dan bau sabun yang menyegarkan itu. Namun baginya mandi bukanlah perkara pokok dalam arena hidupnya. Menjaga kebersihan itu ditolak tepi. Mungkin juga ditolak terus.


Dalam akalnya hanya satu. Dia perlu mencari sesuap nasi demi meneruskan hidupnya. Mandi tidak akan mengenyangkan perutnya. Jadi mengapa perlu dia mandi atau menjaga kebersihan? Lebih baik dia menagih simpati insan yang lalu-lalang. Memperjudikan nasibnya di gelandangan.


Dia tidak berkira. Dia tidak cerewet. Andai 1 sen dilemparkan kepadanya pun akan dikutip jua. Bayangkanlah akan girang hatinya andai menerima RM5 untuk buat sarapan, makan tengah hari dan mungkin makan malam?


Apa mungkin nasibnya esok baik seperti hari ini dapat menjamah makanan? Atau apakah mungkin dia perlu berpuasa untuk sehari, 2 hari atau 3 hari lagi sehingga nasibnya kembali bertuah?


Dia tak perlu risau seperti kita. Kita takut akan kereta mewah dicuri. Kita takut rumah besar dipecah masuk. Kita takut ribuan wang kita dirompak atau disamun. Dia tak perlu takut walau kepada pak polisi sekalipun kerana dia bukan mencuri atau merompak. Dia bukan seorang penjenayah.


Akan tetapi dia adalah seorang penagih. Bukan penagih dadah tapi penagih simpati masyarakat yang dewasa ini terlalu mementingkan diri sendiri daripada nyawa seorang manusia. Masyarakat yang hanya memandangnya sebelah mata. Masyarakat yang suka lepas tangan dengan menyangka akan ada orang lain yang akan menolongnya.


Hari ini dia bersyukur kerana dia dapat mengunyah makanan dan meneguk air. Cukup untuk dia melangkah kaki dan membawa tubuhnya ke mana saja kakinya berjalan. Tiada destinasi tetap. Andai kakinya berhenti di suatu sudut di malam hari, di situlah bilik tidurnya. Hidupnya adalah pengembara. Mengembara untuk meneruskan sisa-sisa kehidupannya. Esok dia perlu merantau lagi. Merantau mencari sesuap nasi, seteguk air...

4 comments:

Cik Aish said...

bagusnya penulisan awak... :)

Tukang Tulis said...

syukran jazilan... =)

azwa amani said...

macam sedih jer entry ni..adk suke header tuuu.. :)

Tukang Tulis said...

entry ni mmg utk menginsafkan org... maceh... cyg adik! <3

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top