Hari ini aku tak tahu nak kata apa. Fikiranku hanya satu benda. Saudara. Orang warna putih kata 'bloodlines'. Garisan darah agaknya. Haa..yo la tu. Mindaku tak keruan memikirkan hal ini sejak peristiwa istimewa semalam. Beberapa orang telah mengalami perasaan bercampur baur di dalam hati mereka. Kalau la perasaan tu boleh dinilai menggunakan warna, maka semalam warna itu boleh mencapai 32bit skema warna Windows. Mungkin beratus, beribu, berjuta titisan jernih airmata diiringi dengan tangis dan mungkin esak telah berkumandang di taman hati mereka itu...
Sepanjang beberapa detik waktu itu mereka seakan-akan kembali bersatu seumpama anggota-anggota badan yang bercerai-berai kembali bercantum semula. Analoginya. Air jernih yang turun itu telah disimpan lebih 1 dekad lamanya terpendam. Walaupun peristiwa itu hanya perkhabaran tanpa jasad. Maka apakah yang akan berlaku sekiranya berlaku pertemuan antara jiwa-jiwa ini yang setelah sekian lama menjeruk rindu dendam antara satu sama lain? Apakah akan berlaku satu episod yang mungkin mengatasi Cerekarama ke Anugerah Skrin TV3? Aku disini bukan Tukang Tilik tapi hanya Tukang Tulis. Aku serah segalanya kepada Maha Tukang di langit yang yang sifatnya Maha Atur dan Maha Kuasa yang berada di KursiNya yang Maha Agung.
Pujiku, puji kami, dan puji sekalian makhluk hanyalah padaMu yang Maha Khaliq dan Maha Menyatukan. Sesungguhnya Tuhan kami berkehendak untuk sesuatu peristiwa itu terjadi atas Doa dan Tawakkal hambaNya. Maka dengan itu luruhlah segala tembok rintangan antara mereka kerna mereka kini Yakin di bawah payung kekuasaan Azza Wa Jalla itu sangat melindungi sifatnya dari segala sesuatu yang tidak layak disekutukan denganNya.

Allah A'lamu bi Sawwab~
2 comments:
tak sabar nak tggu saat bertemu denganmu kekandaku....miss u so muchhh
i miss u so much too my dear lovely sister.. <3<3<3
=)
Post a Comment