Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Tuesday, May 3, 2011

Sangkutlah Nasihat Ini Pada Hatimu



Hari ini aku tak tahu nak kata apa. Fikiranku hanya satu benda. Saudara. Orang warna putih kata 'bloodlines'. Garisan darah agaknya. Haa..yo la tu. Mindaku tak keruan memikirkan hal ini sejak peristiwa istimewa semalam. Beberapa orang telah mengalami perasaan bercampur baur di dalam hati mereka. Kalau la perasaan tu boleh dinilai menggunakan warna, maka semalam warna itu boleh mencapai 32bit skema warna Windows. Mungkin beratus, beribu, berjuta titisan jernih airmata diiringi dengan tangis dan mungkin esak telah berkumandang di taman hati mereka itu...


Sepanjang beberapa detik waktu itu mereka seakan-akan kembali bersatu seumpama anggota-anggota badan yang bercerai-berai kembali bercantum semula. Analoginya. Air jernih yang turun itu telah disimpan lebih 1 dekad lamanya terpendam. Walaupun peristiwa itu hanya perkhabaran tanpa jasad. Maka apakah yang akan berlaku sekiranya berlaku pertemuan antara jiwa-jiwa ini yang setelah sekian lama menjeruk rindu dendam antara satu sama lain? Apakah akan berlaku satu episod yang mungkin mengatasi Cerekarama ke Anugerah Skrin TV3? Aku disini bukan Tukang Tilik tapi hanya Tukang Tulis. Aku serah segalanya kepada Maha Tukang di langit yang yang sifatnya Maha Atur dan Maha Kuasa yang berada di KursiNya yang Maha Agung.

Pujiku, puji kami, dan puji sekalian makhluk hanyalah padaMu yang Maha Khaliq dan Maha Menyatukan. Sesungguhnya Tuhan kami berkehendak untuk sesuatu peristiwa itu terjadi atas Doa dan Tawakkal hambaNya. Maka dengan itu luruhlah segala tembok rintangan antara mereka kerna mereka kini Yakin di bawah payung kekuasaan Azza Wa Jalla itu sangat melindungi sifatnya dari segala sesuatu yang tidak layak disekutukan denganNya.

Ya Shauqati, Allah mempertemukan Adam dan Hawa kerna doa mereka, doa agung yang menjadi asbab kita berpijak di Al-Ard dan menjunjung As-Sama' pada hari kini. Justeru, pohon dan pintalah yang Khairun belaka agar kita memperoleh hidup yang Barakah dan Hikmah. Jauhkanlah diri kalian dari Syarrun kerana itu hanyalah sebuah tiket kesengsaraan Fi Dunya wa Al-Akhirah. Bersama-sama kita tingkatkan syukur, tawaddu' dan tawakkal kita padaNya kerana kita hanya merancang, tapi Dialah sebaik-baik Perancang.

Allah A'lamu bi Sawwab~

2 comments:

azwa amani said...

tak sabar nak tggu saat bertemu denganmu kekandaku....miss u so muchhh

Shuq Faqaţ said...

i miss u so much too my dear lovely sister.. <3<3<3
=)

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top