Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Wednesday, January 27, 2010

2 Kepala babi ditemui di 2 buah masjid!

Berita utama di televisyen hari ini dikejutkan dengan penemuan 2 ekor kepala babi hutan di 2 buah pusat ibadat orang Islam iaitu di Masjid Imam Tarmizi, Taman Sri Sentosa dan di Masjid Jumhriyah, Taman Dato. Harun. Masjid Jumhiriyah ni aku selalu pergi dulu buat Train of Trainers untuk fasi-fasi matovasi sebelum aku masuk UIA.

Penemuan itu turut disertai dengan penemuan duit berjumpa RM35 di kawasan perkarangan masjid. Siasatan polis di kawasan berdekatan turut menjumpai lagi 2 ekor kepala babi hutan beserta duit RM35 tidak jauh dari lokasi masjid berkenaan. Keseluruhannya adalah 4 ekor kepala babi hutan dan wang berjumlah RM70 yang ditemui. Apakah kaitan kepala babi dengan duit RM35 itu masih menjadi tanda tanya. Kena panggil Sherlock Holmes untuk menyiasat kes ini.

Pihak polis telah memeriksa sebuah kedai makanan Cina di kawasan berdekatan yang menghidangkan hidangan eksotik sama ada mereka telah membekalkan bahan bukti dalam kejadian tersebut. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi pengingatan kepada sesiapa individu yang terlibat dalam kes ini supaya ‘tidak bermain dengan api’. Kerana api kelak membakar diri!

Inferens awal yang dapat seorang yang normal berikan ialah perbuatan ini MUNGKIN dilakukan oleh orang bukan Islam kerana menyentuh babi itu haram hukumnya. Apatah lagi meletakkan najis itu di kawasan perkarangan masjid sebagai sebuah institusi agung bagi umat Islam. Bagaimanakah pula jika orang bukan Islam boleh menceroboh kawasan masjid sedangkan ia bukanlah sebuah destinasi perlancongan untuk dilawati (kecuali Masjid Negara atau masjid-masjid bersejarah seperti di Melaka). Tak tahu la kalau ada orang Islam sendiri yang tergamak untuk melakukan perbuatan yang bakal melaknat dirinya sendiri ini. Ramai saja yang bernama Islam tetapi mengamalkan kehidupan sebagai seorang kafir. Itulah realiti orang masakini.

Jikalau betul perbuatan ini dilakukan oleh orang bukan Islam, apakah motif mereka melakukan sedemikian? Ini adalah kali kedua perbuatan meletakkan najis di dalam tempat ibadat orang Islam selepas kejadian yang sama berlaku di sebuah tempat ibadat orang Islam di Universiti Malaya kalau tak silap. Minggu lepas negara dihangatkan pula dengan kejadian kebakaran beberapa buah gereja di merata tempat di Malaysia. Adalah ini salah satu komplot untuk melaga-lagakan sentimen perkauman atau ini adalah satu taktik balas-membalas dendam antara pihak yang terlibat?

Apakah perlu untuk sesebuah kaum itu membenci kaum yang lain sedangkan mereka berpijak di bumi yang sama hingga memerlukan mereka untuk bertindak sebegini? Apakah insiden berdarah 13 Mei itu tidak cukup untuk memberikan pengajaran kepada setiap kaum untuk tidak menumpahkan darah antara satu sama lain? Jadi apakah gunanya diwujudkan akta kawalan yang menetapkan agar tiada isu perkauman yang dibangkitkan selepas 13 Mei itu jika masih ada lagi sentimen perkauman di negara pelbagai kaum ini? Apalah gunanya slogan 1 Malaysia yang diinovasikan oleh Najib dilaung-laungkan seandainya insiden ini masih berlaku hingga mengusik sensitiviti penganut agama lain?

Dimanakah hilangnya sifat hormat-menghormati dan bantu-membantu antara kaum sepertimana semua kaum bersatu untuk mencapai kemerdekaan dulu? Mana perginya? Andai wujud ketidakpuashatian di antara kamu, maka berundinglah dengan cara yang terbaik. Bukan dengan melepaskan nafsu dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang membangkitkan kemarahan orang lain. Ada saja jalan penyelesaian. Bukan bertindak dengan memBABI-BUTA! Ingatlah peringatan Ketua Polis Negara sebagai seorang yang bertanggungjawab memelihara keamanan negara. Hidup Musa Hassan!

2 comments:

atikah said...

1 malaysia. berjayakah ia? ermmmm...

Shuq Faqaţ said...

jangan hanya tinggal ideologi saje...

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top