Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Tuesday, May 17, 2011

Buat Adinda dan Kekandaku

Tanggal 14 Mei. Hari yang paling bersejarah dalam hidup aku. Aku ditemukan dengan adik perempuan dan kakakku yang dah dekat 16 tahun berpisah. Abangku yang membawa mereka berkunjung ke teratak ini. Berpisah kerana terikat dengan keadaan. Mungkin Allah lebih tahu bahawa itu keadaan yang terbaik buat kami semua. Dia temukan kami dalam keadaan yang tenang, cuaca yang baik dan suasana yang harmoni. Tiada setitik pun airmata yang ditumpahkan walaupun hati kami semua sebak dan berdebar-debar dengan situasi itu. Mungkin kerana kami semua redha dengan ketentuanNya yang menemukan kami dalam keadaan sedemikian. Atau mungkin juga airmata tu dah ditumpahkan lebih awal apabila kami semua bertemu secara maya di arus internet. Pertemuan di internet yang lebih awal 2 minggu sebelum pertemuan secara jasad itu membuatkan kami terus akrab dengan bertanya khabar setiap hari, mengambil berat antara satu sama lain, dan juga sepanjang 2 minggu itu jugalah kami merancang untuk mengadakan pertemuan secara terang-terangan ini. Alhamdulillah, Allah mendengar doa kami semua dan pada tarikh ini doa kami diperkenankan. Terima kasih Ya Allah Yang Maha Pemurah....

Adikku dan kakakku menolong mak memasak makan tengah hari di dapur. Sebermula di situ kemesraan kami bercambah, bertumbuh dan terus menyubur. Sempat kami bergurau senda, bergelak ketawa, melepaskan rindu yang tersimpan selama berbelas tahun lamanya ini. Potret-potret lamaku aku sembahkan pada mereka, sekadar untuk melepaskan ketagih mereka melihat perkembanganku sepanjang pengkhabaranku di luar jangkauan mereka. Aku sendiri tersenyum melihat diriku sendiri yang mulanya comel, kemudian kurus, gemuk, dan kembali sederhana kini... =p


Abangku yang membawa mereka kena balik awal sebab ada kerja yang belum dia siapkan lagi. Biasalah orang sibuk. Kena kejar dateline. 

Tiba-tiba lepas tu hari hujan lebat. Adik dan kakakku lepak di rumah aku lebih lama sementara menanti hujan teduh. Sempat la kami bercerita barang satu dua kisah silam dan lampau. Mereka plan nak balik petang tu jugak sebab ingatkan ziarah sekejap je. Tapi Allah tu sentiasa Maha Pemurah dan Mengasihani hambaNya. Dia nak kami bersama dengan lebih lama, lebih rapat. Mak suruh diaorang tidur je kat rumah ni sebab hari dah senja. Lepas Maghrib, kami semua keluar untuk makan malam pulak di sebuah restoran kat area Pantai Dalam. Keletah adikku yang manja tu membuatkan aku rasa seronok dan terhibur melayannya. Tak pernah aku merasa jemu melayan kerenah dan berborak bersama kedua-dua saudara kandungku itu. 

Malam tu mereka bermalam di rumahku sambil malam tu kami menonton wayang di laptop. Sekadar memenuhi masa yang berharga yang tak pernah kami rasai sebelum ini. Suatu masa yang aku sentiasa dambakan untuk kecapi bersama sepanjang hidupku yang berseorangan tiada beradik ini. Kami berbaring berkongsikan bantal. Suatu kemesraan yang kadang-kadang aku terasa sebak dengan nikmat dan anugerah yang Allah berikan pada kami adik-beradik ini.

Keesokkan harinya, kami penuhi siang, pagi sampai ke petang dengan bercerita 1001 kisah yang berkisar tentang keluarga kami. Bak kata Astro, "Macam-macam adaaaa!" Petang tu kami semua balik ke Rembau menghadiri Majis Haul oleh Sheikh Fuad di madrasahnya. Kami bertiga di kerusi belakang kereta pun tertidurlah dengan lenanya kerana hari hujan lebat di luar. Rasa syoknya tidur beramai-ramai sebab suasana tu sungguh aman dan selesa. ^_^

Malam tu, kami kena hantar adik aku balik ke rumahnya di Tampin. Sempatlah berjumpa dengan Pakcik Anuar dan Ibu Hamisah. Bersalaman tangan dan berpeluk cium. Terasa seperti kami semua sekeluarga bersatu kembali dalam keadaan yang aman. Bercerita punya cerita sampai tak sedar masa berlalu. Sungguh besar kekuasaan Allah itu mengaturkan perjalanan ini semua. Sungguh tiada siapa antara kami yang tersangka akan begini perancanganNya...

Saat aku dan kakakku nak balik ke KL, aku cium pipi adikku buat pertama kalinya dalam hidupku. Terasa sedih la jugak nak berpisah. Walaupun cuma dapat bersama dengannya selama 2 hari, namun terasa macam dah duduk lama. Bila ada rezeki semoga boleh bersama lagi untuk waktu yang lebih panjang. InsyaAllah. Kami semua mengharapkan agar hubungan kami semua semakin erat dan utuh. Sehingga tiada siapa pun yang mampu memisahkan kami semua kecuali dengan ketentuanNya. Itu doa kami. Itu azam kami. Perkenankan doa kami Ya Allah Yang Maha Menyatukan...

Malam tu dalam perjalanan balik ke KL, aku dan kakakku bersembang lagi dan lagi dan lagi tentang keluarga kami. Sedar tak sedar kami berdua pun tertidur kat kerusi belakang tu. 

Keesokkan harinya, selepas breakfast kakakku kena balik ke rumah sebab hari tu dia kerja tapi waktu petang. Takkan lah aku nak paksa dia jangan balik pulak. Dia ada tugasnya sebagai pendidik yang mesti dilaksanakan. Itu tugas mulia sebagai seorang Guru. Aku faham kerana aku pernah melaluinya. Aku percaya apabila ada masa dan ketikanya kami semua akan dapat mengisi masa yang terluang bersama-sama lagi. InsyaAllah....


Sesungguhnya Allah punya perancangan dan nikmat yang terbaik buat kita. Kita hanya merancang untuk berjumpa seketika je, tapi diberinya kita berhari-hari masa agar kita semua dapat bermesra dan bermuhibbah...lebih dari apa yang kita minta. Syukur padaMu Ya Allah...

Buat semua adinda dan kekandaku, pintu rumah ini sentiasa terbuka untuk kamu semua. Datanglah bila-bila masa pun kerana hati ini sentiasa merinduimu dan mengalu-alukan kehadiranmu... =)

5 comments:

azwa amani said...

alalalalala..comelnyer adik tuuuhhhh.... :)

SaZ0 said...

Alhamdulillah...syukur dgn prtmuan yg lbey dr jangkaan ni...trase sunyi n sayu ble da blk uma msg2 wlupun hny 2hr kte brsma....

Shuq Faqaţ said...

adik sape tu haaa??? masuk bakul betul.. huhu... =p

azwa amani said...

huhuhuhuhu..bior le.... :P

Shuq Faqaţ said...

masuk lift tekan sendri... tettt... haa..dah sampai.. hehehe... =p

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top