Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Wednesday, May 4, 2011

Luahanku padaMu Yang Maha Segalanya

Ya Sami', tangan hambaMu ini tergerak untuk menyentuh kembali papan kekunci pada hari ini. Syukur padaMu tidak mampu ku ucapkan di atas nikmat pemberianMu ini Ya Wahhab. Sesungguhnya ini adalah hadiah yang tidak ternilai dan tiada tolok bandingnya bagi diriku. Suatu anugerah yang pasti akan ku ingat sampai akhir hayatku di bumi ciptaanMu ini. Kehadiran mereka aku terima dengan hati yang terlalu terbuka kerana kasih dan rindu pada mereka tidak pernah padam malah semakin lama semakin kuat dan utuh.

Ya Wajiid, meskipun telah lama terpisah dan membawa diri, aku percaya ruh-ruh mereka kekal sentiasa bersama denganku. Mungkin berkat doa seseorang yang mentakdirkan kami untuk disatukan semula pada waktu dan ketika yang sesuai penuh hikmah dan inayah. Kini aku tak sabar menunggu masa untuk bertemu jasad ke jasad dengan mereka Ya Tuhanku. Aku sungguh-sungguh rindukan mereka oh tuhanku yang Maha Menemukan! Oh betapa besar Keagungan dan KehebatanMu Ya Rabb! 

Ya Muriidan, kami akur dan redha dengan kehendak dan takdirmu Ya Tuhan. Kerana Kau lah yang menetapkan segala ketentuan bagi kami sejak Azali lagi. Jalan persuratan dan persiratan kami telah kau tiupkan ke dalam ruh lalu ke dalam jasad yang kecil tidak berupaya ini. Sesungguhnya Kau telah membuka mata dan hati kami menerusi keajaiban yang Kau berkehendakkan terjadi ke atas kami. Betapa Adzimnya kuasamu Ya Allah. Betapa uniknya dan istimewanya petunjuk dan hidayah yang Kau suratkan kepada kami. Sungguh aku kagum... Subhanallah...

Ya Khaliq, hambaMu ini tidak termampu untuk menunjukkan tanda syukur kami melainkan sujud kami yang sebenar-benar sujud kepadaMu. Kami berdoa semoga kau sentiasa berikan petunjuk dan panduan kepada kami dalam meniti hari-hari yang mendatang menjalani ujianMu Ya Hakim. Kasihmu kepada hambaMu tidak terbalas oleh kami yang maha lemah ini. Justeru berikanlah kami kekuatan dan keimanan untuk terus mengagungkanMu oh Tuhan dengan nama Ya Jalil.

Ya Karim, janganlah kau jadikan peristiwa ini sebagai satu daripada punca kami berkurang keimanan kepadaMu. Tetapi jadikanlah kejadian ini sebagai asbab meningkatnya iman dan kasih kami kepadaMu. Dan sesungguhnya Hubbul Adzim kami hanyalah padaMu dan RasulMu sepanjang hayat kami di dunia ini dan di akhirat nanti... 

Ya Allah, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untukMu Tuhan sekalian alam...

1 comment:

azwa amani said...

amin ya rAbb,..... jgn sedih2 lagi tauuu...

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top