Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Monday, May 2, 2011

Sejenak Membaca Hatimu Yang Menamakan Diri 'Ana'...



Lama sudah aku tinggalkan papan kekunci yang sering diketuk untuk meluahkan isi hatiku ini. Dewasa ini aku hanya sekadar berkongsi maklumat orang lain agar kalam ini terus hidup - walaupun bukan dari lubuk hatiku. Namun hatiku terdetik untuk meluahkannya malam ini juga kerana perasaanku yang tiada tara lagi tahannya.

Terkedu pandanganku seketika tatkala sampai ke pelabuhan kalamnya. Kalam hati seorang insan yang menamakan dirinya 'Ana'. Meriah. Aku pasti dia amat sukakan merah jambu. Allah temukan aku dahulu dengan kalam hatinya. Bukan parasnya. Bukan rupanya. 16 tahun yang lampau aku masih tak ingat apa-apa. Jauh sekali memahami apa yang terjadi saat itu. Satu demi satu kalamnya aku pelusuri hingga titik noktah kalam yang ke 363. Sudah hampir 2 tahun kalamnya itu berada di alam maya sebagai luahan isi hatinya. Baru kini kutemukan.

Aku gelisah bertanyakan semua kenalan yang aku kenali di Tanjung Malim itu. Ke atas. Ke bawah. Bagai kucing hilang anak. Majoriti tidak mengenali siapa 'Ana'. Tidak Hasmizah. Tidak Illyana. Tidak Nurra. Tidak Najjah. Tetapi Amirah membuka sedikit hatiku apabila dia memberikan jawapan harapan. Syukur padaMu Ya Allah. Arakian, tatkala aku mengetuk-ngetuk keyboard ini Amirah masih belum dapat memberikan kepastian tentang jawapannya. Aku masih menunggu panggilan telefon darinya.

'Ana'. Satu demi satu potret di blognya aku singgah. Aku tatapi dengan hati yang bercampur aduk. Sebak. Gembira. Sedih. Semua membawa makna dan persoalan yang tersendiri. Gembira kerana aku dapat menatap wajahnya. Tapi timbul sebak mengenangkan yang menjadi penghubung aku dan dia sudah berada di sisi Allah yang Maha Mengembalikan. Al-Fatihah~

Begitu banyak potretnya di sebuah kampus di Tanjung Malim itu seakan-akan menampar laju pipiku sendiri. Kenapa tidak aku tahu benda ini lebih awal? Kenapa tidak aku gegar saja telefon bimbit Paksu Si YDP KHAR tu sampai dia menjawabnya? Masakan aku bodoh kerana aku nampak wajah 'Ana' bersama Paksu! Adakah aku bodoh sekali lagi kerana sudah beberapa kali aku menjejakkan kaki di Kolej Harun Aminurrashid tapi aku masih tak tahu hal sebenar? Mungkin ramai orang yang kenal siapa Paksu. Tapi Paksu kenal aku. Paksu kenal 'Ana' juga!

Tapi aku bersyukur kerana Allah Maha Menemukan. Dia menemukan aku dengan kalam-kalam 'Ana' yang penuh dengan 1001 maklumat, luahan dan pengertian. Sekali lagi aku bersyukur kerana Kau Ya Allah menjaganya dari segala yang buruk. Aku dapat merasainya dengan pancainderaku yg masih kau pinjamkan ini Ya Allah. Dari mataku dapatku menatap wajahnya meskipun tinggal potret cuma. Segala kerinduannya pada Sang Penglahir membuatkan aku sujud pada kebesaranNya dan keesaanNya.

Masihkah dia di Tanjung Malimkah atau sudah di Baiti Jannatikah? Aku berfirasat yang dia mungkin akan datang sejenak ke mukalam ini melihat siapakah gerangan orang yang membalas komentar di kalamnya sebentar tadi. Aku lihat seketika Live Traffic. Kelihatan ada insan dari Tanjung Malim, Perak yang datang menziarahi kalamku di sini. Tapi aku masih belum menaip lagi saat itu. Kebarangkalian 'Ana'kah? Atau orang lainkah yang kebetulan dari Tanjung Malim juga?

Aku cemburu. Iri melihat hampir semua berada dalam sekeping potret. Adinda Ina, kekanda Wan, adinda Ila. Kelihatan 'Ana' dah jadi 'maksu' dengan kehadiran anak-anak buahnya. Mengapa aku rasa seperti ada korum yang kurang dalam potret itu? Siapakah yang hilang?

'Ana' sudah berpacar. Dia sudah ada yang punya. Tampak bagus gerangan pilihannya. Pandai 'Ana' memilih. 'Ana' sudah meningkat dewasa. Dia bukan lagi kanak-kanak berusia 4 tahun yang aku pernah melihatnya suatu ketika dulu. 'Ana' sudah boleh kahwin. Sudah boleh jadi seorang isteri. Seorang ibu. Ya Allah, pastikan dia solehah, dan pasangannya mithali. Asal siapa jadi zauj-mu, aku doakan kebahagian tiada bersempadan. Itu doaku.

Tuturkatanya yang lemah lembut dan berhemah menyenangkanku melusuri kata-katanya. Pendidikannya juga tidak kurang hebatnya. Bakal jadi seorang guru. Ustazah lebih baik. Sesuai dengan dirinya yang lemah lembut. Tidak salah mengikut jejak langkah adinda sebagai seorang pendidik. Aku redha dan suka dengan karier sebegitu. Menitipkan ilmu untuk anak bangsa. Andai dirinya menjadi Murabbi atau Daie sekalipun, aku redha kerana tugas itu juga mulia di sisi yang Maha Mengetahui.

Dari kalamnya, aku tahu dia seorang yang tabah. Demikian jugalah yang dikatakan oleh kekandanya. Kekandaku jua. Namun pelbagai persoalan timbul. Masih ingatkan dia pada diriku yang juga hina ini? Masih ingatkah dia pada wajahku, namaku, asal usulku? Aku kaji kalamnya lagi jauh ke suatu sudut. Aku mendapat tahu yang dia masih ingat yang dia ada 3 orang kekanda. Maklumat itu cukup untuk membuat kalbuku lega. Tapi tahukah dia akan namaku? Dimanakah aku berada sekarang? Apakah status dan keadaan hidupku? Sepanjang 363 buah entri itu, aku tidak pernah bersua dengan namaku. Aku tidak puas hati lalu kucari lagi maklumat yang sepatutnya. Akhirnya aku bertemu dengan:-

"...jadikan aku insan pilihanMu ya Allah..

pilihan ke syurga-syurga MU...

jadikan ibu bapa ku insan yang Engkau berikan tempat di syurgaMU

berikan kakak-kakak dan abg-abgku tempat mulia disisiMU..

berikan kesempatan dan peluang kepada suamiku serta anak-anakku kelak mencium bau syurgaMU...

aminnn ya Allah..."

Kata-kata itu membuatkan aku sebak dan titis-titis mula bergenang di kelopak mata... kakak-kakakmu...abang-abangmu... lantas jatuh berderai tatkala aku sedang menekan-nekan papan beisi huruf ini... Tulusnya hatimu wahai 'Ana'... Jujur hatiku sebak menulis luahan ini. Apakah 'Ana' mengerti maksud yang tersirat di lubuk hatiku? Fahamkah dia yang aku selalu merindukannya tatkala aku terkenang kembali asal keturunanku? 'Ana', asal kita dari Adam. Ibu kita Hawa. Anak-anak mereka usul salasilah kehidupan kita. Sebesar mana pun Al-Ardi ini, Kun FayakunAllah lebih besar kuasanya.

Ya Allah...
Dapatkah 'Ana' menerima kehadiranku dalam hidupnya? Terkesima dan kagetkah dia menerima berita ini? Sebuah perutusan dengan kehendakMu Ya Allah...

Adakah ini sebuah titik tolak supaya kami dapat meningkatkan mahabbah dan iman kami kepadaMu? Sesungguhnya tunjukkanlah makrifat dan hidayahMu Ya Allah. Agar kami tergolong dalam golongan-golongan yang diredhai dan dicintai olehMu. Masukkanlah kami, keluarga kami, saudara mara kami, dan orang-orang yang pernah berjasa kepada kami ke dalam lingkungan JannahMu. Masukkanlah kami semua bersama-sama melalui Bab al-NikmatMu di Firdausi nanti. Amin Ya Rabb...

Semoga Allah sentiasa melindungimu...adindaku 'Ana'...

Yang ikhlas dari kekandamu.


link: ...::: BICARA AMANI :::...


6 comments:

azwa amani said...

Ya Allah....adik taks angka abg kawan dengan paksu...itu ydp adik..adik exco dia....sedih bce netry ini..sedih sangat...

Shuq Faqaţ said...

sedih mana hatimu.. sedih lagi hati abg ni dik... tambah plak dgn lagu Muadz nie... lagi mengalir-ngalir airmata........ T_T

farhana_acimek3 said...

Alhamdullilah..ketemu jua..

juliashalia said...

alhamdulilah..da lama awin tunggu saat ney...

Efa Nur said...

alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi :)

Cikgu Waniey said...

alhamdulilah..syukur..sebak bce entri ni..didoakan yg terbaik buat kalian

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top