Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Monday, May 16, 2011

Untuk Kau Yang Bergelar GURU...

Hari Guru tiba lagi. Saban tahun setiap orang yang mempunyai kaitan dengan guru mesti akan meraikannya. Guru, cikgu, pendidik, pengajar, pensyarah. Semuanya memikul tugas yang mulia mendidik anak bangsanya yang tercinta.

GURU. Satu kalimat yang amat sinonim dalam kamus hidupku. Sepanjang hidupku dari kecil sampai sekarang berkisar dalam suasana guru. Paling kurang pun ada hubungan dengan orang yang bergelar guru. Seakan-akan tiada jurang antara aku dengan perkataan guru itu. Apatah lagi dengan orang-orang disekelilingku yang bergelar guru. Guru sana. Cikgu sini. Dimana-mana pun ada guru dan cikgu.


Ibuku seorang guru. Walaupun dah pencen, dia pernah bergelar guru. Walaupun dia kini bekas guru, namun sifat pendidiknya tak pernah hilang sekalipun dah berstatus pesara. 33 tahun sebagai guru menunjukkan kematangannya dalam arus pendidikan negara. Sejak aku berumur 4 atau 5 tahun lagi aku dah dibawa ke sekolah. Menjalani dan merasai bagaimana suasana dan persekitaran di institusi pengajian peringkat asas itu. Walaupun masa tu aku takut nak masuk ke kelas (sebab budak Darjah 1 besar-besar masa tu), aku sudah mengerti apa itu sekolah. Masa tu sekolah dan rumah tak ada bezanya bagiku. Sekolah itulah rumahku dan rumah itulah sekolahku. Mak dari kecik dah sumbat aku dengan pelbagai soalan-soalan dan latihan seperti di sekolah. Pendidikan formal aku telah bermula sebelum aku masuk Darjah 1 lagi. Masa tu aku masih tak dapat membezakan latihan ataupun peperiksaan. Bagi aku sama saja. Mudah dan senang aku menjawabnya sebab dah terbiasa diberi soalan yang banyak. Semuanya berkat usaha mak, ibu yang menjagaku. Pokok isinya, ibuku, sudah merasai apa itu GURU.

Kini, kakakku juga menjadi seorang guru. Walaupun baru bergelar guru dalam tempoh 2 tahun ini, lambat laun dia juga akan merasai pahit maung, masam manis seorang guru. Sama seperti yang dilalui ibuku. Kakakku kini sedang merasai suasana seorang guru di sekolah. Tatkala suasana di sekolah sekarang berlainan dengan suasana dahulu, namun tugasnya tetap sama, tak pernah berubah. Kakakku bakal merasai puluhan tahun lagi bergelar seorang guru sebelum dia digelar bekas guru pula. Perkataan itu tetap ada walaupun tugas rasminya telah tamat tempoh. Paling kurang ada 3 dekad lagi untuk dia menjalankan tugas sebagai pendidik rasmi kakitangan kerajaan sebelum dia menjalankan tugas sebagai pendidik tak rasmi pula. Mungkin dia akan membuka kelas tuisyen ataupun pusat latihan pembelajaran. Selepas dia menamatkan kerjaya sebagai pendidik itu.

Kemudian, adikku juga bakal menjadi seorang guru. Kini dia sedang menyambung pengajiannya di institusi yang mengasaskan ribuan guru yang menjadi pendidik di tanah air tercinta ini. Dia masih belum bergelar guru. Tapi dia akan merasai apa yang telah dirasai oleh ibuku dan kakakku. Masih jauh ranjau yang perlu dilaluinya sebelum boleh bergelar pendidik bangsa. Masih jauh perjalanannya sebelum menjadi cikgu yang bakal menerima hadiah dari pelajar-pelajarnya setiap kali Hari Guru menjelang. Masih banyak liku-liku yang wajib diharungi sebelum layak menjadi lilin yang membakar diri demi menerangi kehidupan anak muridnya.

Aku juga pernah bergelar guru. Walaupun tempoh itu cuma seketika, namun bagiku itu satu pengalaman manis yang tak dapat aku lupakan sampai akhir hayat. Meskipun tak pernah mendapat hadiah sempena Hari Guru, namun aku pernah menerima ucapan "Selamat Pagi Cikgu!" setiap kali aku menjejakkan kaki ke dalam kelas. Meskipun tugasku tak sampai satu penggal persekolahan, namun banyak pengalaman di sekolah yang dapat aku jadikan sebagai pedoman hidup di dunia ini. 

Kini aku bukan lagi seorang guru. Jawatan GSTT itu hanyalah sebagai mengisi masa lapangku dulu sebelum menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Adakalanya bila terserempak dengan bekas anak muridku dan dia menyapa aku dengan panggilan "Cikgu" membuat aku terkenang kembali saat-saat pahit dan manis aku bergelar guru. Semua itu adalah pengajaran yang tak dapat dipelajari secara formal di sekolah. Sebuah potret kehidupan yang tak mampu diungkapkan dengan 1000 kata-kata.


Tugas guru itu hanyalah formal dan rasmi di sekolah. Tetapi apabila melangkah keluar dari pagar sekolah, seorang guru itu tetap guru yang tidak jatuh martabatnya walaupun tugas itu menjadi tak rasmi dan tak formal. Guru bukan hanya di sekolah. Guru juga seorang pembimbing, seorang fasilitator atau pemudah cara, seorang kaunselor yang mendengar luahan pelajarnya, dan juga seorang ibu atau ayah di sekolah.

Murabbi, ustaz, muallim, guru, cikgu, atau apa jua namanya sekalipun...tugas yang mereka dukung adalah sangat mulia dan agung kerana seorang guru itu mampu melahirkan arkitek, peguam, ahli politik, saintis dan sebagainya...tetapi belum tentu semua anak muridnya mampu membalas jasa seorang guru yang pernah mendidiknya sehingga mencapai tahap tersebut... 

Untuk insan-insan sekelilingku yang sudah, sedang, dan bakal menjadi guru, luahan agung untukmu... SELAMAT HARI GURU...



5 comments:

SaZ0 said...

ader bdk klas sblh mngintai tu....mknenye ade ckgu xmsuk klas..huhu...ckgu2~~~

SaZ0 said...

crite tntg lilin swaktu srpan...hahaha ;D

Shuq Faqaţ said...

hahaha... baru perasan.. daifnye sekolah tu.. dinding dah la papan.. berlobang plak tu... x pasal je kena skodeng... huhu

SaZ0 said...

bkn adik je xpasan...ckgu dlm gmbr 2pn xpasan...khusyuk bno ngajor...hahaha ;D

Shuq Faqaţ said...

jadi cikgu mcm ni bagus ke x sebenarnya? terlalu fokus mengajar sampai x sedar keadaan sekeliling... atau pelajar bleh wat ape yg dieorg suka sebab cikgu langsung x perasan dieorg.. huhu

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top