Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Saturday, December 12, 2009

Aku jelak melihat mereka berjelakan

Hari ini aku dengar terlalu banyak masalah orang itu, manusia ini, insan di sana dan kehidupan di sini. Orang itu kedengaran baru memutuskan ikatan dengan pasangannya. Manusia ini melakukan penindasan terhadap manusia lain. Insan di sana mengabaikan kebajikan insan-insan bawahannya. Kehidupan di sini terasa sesak dengan pelbagai rungutan dan pencabulan kemaslahatan. Lemas dalam suasana.

Seorang demi seorang rakan mempunyai masalah peribadi. Terlalu peribadi hingga tak manis diceritakan di sini. Sebagai sahabat aku sedih, pedih dan letih dengan kes yang sama berlaku acap kali. Hendakku tolong tapi aku orang luar. Outsider.

Manusia itu lupa dengan tugas yang dipikulnya amat berat. Dia lagi mengejar pangkat, harta dan kuasa. Dia sibuk menjaga hal ehwal dunia orang-orang yang hanya menangguk di air keruhnya. Hilang kesedarannya apabila dia leka dengan teman-teman sekejapnya. Lalai mengusai dirinya yang mabuk dengan nafsu dan kuasa hanya seketika saja. Dia alpa.

Insan di situ pula sibuk membazirkan harta yang dikumpulnya suatu ketika dulu. Dibelanjakan sewenang-wenangnya tanpa mengira jalan yang sedang dilalui. Pintu kanankah atau pintu kirikah? Biar dia yang pilih. Dah besar kan.

Sekumpulan watak-watak di sana merasa panas dengan sikap penindasan ketuanya. Mereka hangat dengan agenda-agenda yang busuk dan kejam. Semuanya bermotifkan kepentingan dan keuntungan poket sendiri. Janji kenyang perut sendiri dan biar orang lain kebuluran.

Makhluk di sana berlagak seperti tahu semuanya sedangkan dia bodoh sentiasa. Bercakap macam dunia ni bapak dia yang punya. Keseimbangan masyarakat diumbang-ambingkan. Kroni dibela, musuh ditambah, masalah dicari, agama dianak tirikan, akal disimpan sampai karat dan perpecahan dijamin. Otak tak diletak di lutut sebab lutut pun tak boleh terima tahap pemikiran yang berfikir jarak singkat.

Hidupan itu pula hanya hidup berasaskan pengharapan kepada ehsan orang lain dan bertiangkan periuk nasik rumah orang lain. Tak reti hidup atas kaki sendiri. Sentiasa berpayungkan dompet tebal orang berada. Asyik berteduhan dari kehujanan masalah remeh-temeh. Bagi alasan hidup kena pandai menggunakan orang lain. Dasar makan budi orang tapi tak tahu nak bagi budi balik. Kedekut.

Kehidupan mereka semua aku dengar penuh dengan dugaan dan pancaroba. Menghakis keimanan kepadaNya yang mengisi periuk nasi. Seumpama hanya hidup untuk dunia tiada akhirat. Janji perut kenyang dan nafsu dipenuhi. Semua menjadi semakin busuk dan hanyir. Sifat-sifat kemanusiaan telah dikaburi dengan kebinatangan yang ganas, rakus dan liar. Aku sedih melihat, mendengar, memerhati dan mengetahui semua agenda syaitan ini. Aku harap semua akan berubah sebelum dunia ini hilang hayatnya. Harapnya mereka sedar tugas mereka di alam ini bukan untuk dunia tapi untuk akhirat…

145294725c5d063647 1F132A9AFE17D7B1CE3F70C26CF914B4

2 comments:

Shuq Faqaţ said...

aku lupa nak tambah ada jugak kawan yang sanggup makan kawan. kawan yang berbudi ditinggalkan. musuh yang membinasakan didampingi. masalah lagi dicari... akal tuhan bagi tak nak guna. simpan kat kepala lutut. ni la akibat nafsu menguasai diri....

Ieqa Swetluv said...

tu la..dunia kini banyak kerosakan.. mungkin tanda2 semakin jelas.. cuma kita yg sedar selalu je wat2 x nampak..huh~

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top